.

.

EKSKLUSIF: Melaka kalah mereka senyum... Mereka main hanya untuk wang - Labi


Labinot Habuzi atau lebih dikenali dengan Labi cukup dekat dengan hati penyokong bola sepak Melaka United dek kerana gelagatnya yang sering mencetuskan kontroversi dan sebagainya.

Namun, disebaliknya yang tersurat yang sering diuar-uarkan di media sosial, ramai yang tidak tahu mengapa dan kenapa pemain tengah kreatif itu bersikap sedemikian.

Menerusi satu temuramah bersama penulis Melaka United Online, Wanchel baru-baru ini, Labi yang kini tidak mempunyai sebarang kelab sejak dilepaskan pasukan Liga Super itu berkongsikan kisahnya ketika semusim di Melaka.

Dua kali hampir kembali ke Melaka

Labi hampir sahaja kembali menyarung jersi Melaka United.
Menurut Labi, Melaka United berminat mendapatkan khidmatnya semula musim lalu ketika kemelut yang melanda pasukan itu pada separuh pertama musim 2017.

"Melaka United cuba dua kali untuk bawa saya kembali. Pada Januari selepas menandatangani Sergio Aguero namun tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang dari Argentina itu.

"Kemudian, pertengahan musim lalu yang mana saya telah dihubungi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Noor Azman Rahman dan sekali seorang ejen yang dikenali sebagai Syed, dikatakan rapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi," ujar pemain tengah berasal dari Sweden itu.

Kes dilaporkan kepada FIFA

Pemain tengah berusia 32 tahun itu mengakui dia dan seorang lagi bekas pemain impirt, Omid Nazari membawa dua kes secara berasingan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi menuntut hak masing-masing.

Biarpun membawa kes ke FIFA, Labi tidak mempunyai masalah dengan pengurusan MUSA.
Katanya, kes itu akan diselesaikan sama ada dalam bulan ini atau Mac depan dan apabila segalanya diputuskan, Labi akan membuat kenyataan berhubung kes yang dibawa kepada badan induk bola sepak antarabangsa berkenaan.

"Segalanya berkenaan bonus. Saya ada segala mesej dan perbualan mengenainya namun gaji saya dibayar penuh oleh majikan.

"Mereka diberikan masa sehingga musim panas lalu untuk menyelesaikannya. Ini kerana mereka minta enam bulan tambahan bagi menyelesaikannya dan meminta saya bersabar.

"Saya cuba berlembut tetapi mereka tidak hormati saya. Seperti yang saya katakan, ini bukan hal yang melibatkan saya dengan seseorang tetapi hak saya," ujarnya.

Mereka mampu senyum bila tewas

Segelintir pemain bermain berpaksikan wang, bukan logo di dada.
Labi berkata, dia digugurkan kerana pengurusan pasukan tidak mampu menguruskan sikapnya dan enggan membayar gaji seperti yang diminta serta mentaliti kemenangan yang membara dalam dirinya.

"Saya benci kekalahan dan ya saya marah dan menjerit sehingga mencetuskan beberapa situasi di dalam padang. Ini kerana saya mahukan kemenangan, tidak seperti segelintir yang tidak kisah sama ada menang atau tewas.

"Mereka ambil gaji setiap bulan. Segelintir pemain berada di sini (kelab) hanya untuk wang. Melaka United tewas mereka senyum, seronok dengan kehidupan luar padang.

Mentaliti kemenangan sentiasa bersama Labi khususnya di dalam padang.
"Bila tewas, saya pukul botol minuman dalam bilik persalinan kerana tidak dapat terima kekalahan. Itulah sebabnya kami menang kejuaraan liga dengan hanya dua kekalahan," ujarnya.

Menurut Labi, bukan hanya pemain tempatan datang ke Melaka United untuk wang tetapi pemain import tidak terkecuali.

Namun, katanya, dalam karier sebagai pemain bola sepak wang sememang menjadi antara salah satu faktor penting tetapi mereka sewajar menterjemahkan persembahan berkualiti untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.
  

Pemain tidak berminat sertai pasukan baharu dipromosi dari Liga FAM


Mat Zan mampu bentuk skuad juara biarpun sukar tarik nama besar sertai Melaka United.
Apabila Melaka United yang pada ketika itu dibimbing Mat Zan Mat Aris muncul juara Liga FAM 2015 sekali gus layak beraksi di Liga Perdana (Premier), tidak ramai pemain tempatan dan luar yang mahu menyertai pasukan ini.

Labi berkata, Melaka United cuba memancing beberapa pemain secara pinjaman dari pasukan lain jawapan yang diterima sungguh mengecewakan.

Antara pemain import yang berjuang untuk Melaka United.
"Kebanyakan pemain import tidak mahu ke sini jadi saya ambil cabaran di sini. Bersama pemain-pemain lain kami berjuang bersama dan memenangi liga.

"Tiada siapa mempercayainya termasuk Mohd. Yusoff. Apabila saya berkata kepadanya, percayalah kita akan menjuarai Liga Perdana, 'Datuk' gelakkan saya, semua orang gelakkan saya.

"Ada masanya saya perlu 'berlawan' dengan beberapa pemain bagi membantu mereka faham situasi yang dialami Mat Zan, seorang jurulatih tempatan yang sentiasa berjuang setiap hari untuk pasukan.

Labi hargai sumbangan Mat Zan dalam membentuk keserasian dan taktikal dalam kalangan pemain.
"Mereka pecat (tidak berikan kontrak sambungan) dan lantik ketua jurulatih baharu tanpa sebarang alasan sedangkan Mat Zan seorang yang hebat dan berjaya. Satu kesilapan bersar kerana dia lakukan tugas dengan baik dan semua orang sukakannya," kata Labi.

Ikuti laporan siri kedua temubual bersama Labi mengenai kisah perjalanan singkatnya bersama Melaka United. Dalam siri kedua bakal mengupas mengenai kenakalan Labi dan siapa dirinya yang sebenar.

Foto: PBM, MUSA, Media Sosial
Powered by Blogger.