.

.

EKSKLUSIF: 'Nakalkah' Labi seperti yang disangka?

Imej 'budak' nakal sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan bekas pemain Melaka United, Labinot Harbuzi atau Labi.

Gelagatnya baik di dalam mahupun luar padang sering menjadi bualan penyokong Melaka United termasuk penyokong lawan.

Namun, disebalik gelaran 'budak nakal' yang dilabel terhadap Labi sebenarnya tersembunyi 1001 kebaikan yang tidak didedahkan oleh pemain tengah kelahiran Sweden.

Labi yang pemurah

Sebagai seorang Muslim, Labi berdarah Albania-Kosovo juga mempunyai sikap yang wajar dipuji biarpun tidak pernah didedahkan sesiapa.

Menurut Labi, dia tidak kisah memberikan duit kepada beberapa individu dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dan pemain.

"Saya jaga semua orang. Mereka di kelab boleh sahkan apa yang saya perkatakan.

"Jika saya lihat seseorang di dalam kelab mengalami keadaan sukar, saya sentiasa membantu mereka. Saya berikan mereka pakaian, kasut, duit dan belikan mereka makanan.

"Ini kerana dalam agama dan kepercayaan saya, jika anda berpeluang membantu, bantulah. Kami juga amalkan sistem ini dalam pasukan.

"Kami berikan duit bonus kemenangan dengan pemain yang tidak berada diturunkan bermain, jadi semua orang akan dapat wang. Kami juga makan bersama-sama," katanya kepada Melaka United Media baru-baru ini.

Percaya atau tidak, Labi sebenarnya tidak 'lokek' dan menganggap individu yang rapat dengannya seolah-olah keluarganya.

"Saya berikan iphone kepada pembantu jurulatih, kitman juga saya selalu berikan dia wang. Setiap individu dalam kelab saya cuba bantu.

"Mereka semua tahu saya jenis pemain yang bagaimana. Itu penting bagi saya. Orang yang selalu buat masa dengan dengan saya, 'Azman' pun saya berikan wang. Tiada masalah.

"Saya cuba sukakan semua orang. Hidup ini terlalu singkat untuk membencikan orang," katanya.

Pertahan rakan sepasukan

Pemain tengah berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak sesekali takut untuk mempertahankan rakan sepasukannya khususnya di dalam padang.

"Saya mempertahankan semua pemain dalam pasukan. Tiada siapa yang membantu saya kerana mereka bimbang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

"Tetapi tidak mengapa, saya faham. Apabila rakan sepasukan 'diserang' lawan, sayalah orang yang pertama akan pergi membantu tetapi pada akhirnya, Labi adalah 'budak nakal'," kata Labi.

Datuk Mohd. Yusoff orang yang baik

'Orang penting' dalam transformasi bola sepak Melaka United, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi merupakan antara individu yang berperanan dalam membawa Labi masuk ke dalam pasukan.

Menurut lagi, Mohd. Yusof adalah seorang pemimpin yang baik dan apabila tiba di negara ini, Timbalan Presiden MUSA itu menjanjikan pelbagai keistimewaan buat dirinya.

"Percayalah, 'Datuk' adakah seorang lelaki budiman tetapi ada individu di sekelilingnya cuba memanipulasikan dirinya dan beliau mempercayai mereka.

"Pertamanya, dia kata mahu melanjutkan kontrak saya beberapa tahun lagi. Selepas bersama bermain bersama Melaka United, saya dijanjikan tempat sebagai jurulatih di sini.

"Namun dua bulan kemudian, dia menukar fikirannya. Orang disekelilingnya yang menyebabkan perkara ini berlaku. Okey bagi saya, inilah dunia bola sepak.

"Paling penting adalah memastikan imej saya bersih. Saya tidak mahu menyerang sesiapa," kata Labi yang kini tidak mempunyai kelab selepas meninggalkan Melaka United.

Foto: MUSA, Media Sosial

Powered by Blogger.