.

.

Melaka United bakal dihukum?


Melaka United muncul antara empat pasukan Liga Super yang berkemungkinan berdepan tindakan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didakwa mempunyai kes tunggakan gaji pemain yang masih belum dilunaskan.

Memetik laporan BH Online semalam, terdapat dua kes tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dipercayai melibatkan gaji bekas pemain import yang ditamatkan perkhidmatan mereka.

Antara nama yang didakwa masih belum menerima gaji adalah bekas perancang dari Sweden, Labinot Harbuzi atau Labi yang mungkin melaporkan perkara ini kepada badan induk bola sepak antarabangsa itu sementara seorang lagi yang masih belum menerima gaji dipercayai adalah Omid Nazari.

Dokumen yang disebarkan di media sosial berhubung tunggakan gaji pasukan Liga Malaysia.
Selain Melaka United, tiga lagi pasukan yang mungkin dikenakan tindakan adalah Kelantan dengan empat kes termasuk dua kes yang dilaporkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Perak (satu), PKNS FC, (satu FIFA, satu FAM), Pahang (dua FAM) dan PKNP FC (dua FAM).

Kes yang disenaraikan dikatakan masih menunggu keputusan daripada FIFA dan ada daripadanya sudah diputuskan seperti kes membabitkan Kuantan FA yang diarahkan oleh Jawatankuasa Status FAM untuk melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM145,250 kepada enam pemain sebelum 15 Januari lalu.

Difahamkan ada juga kes membabitkan tuntutan pemain yang tidak mengikut kontrak yang ditandatangani atau persetujuan penyelesaian bersama sehingga mendorong pasukan atau kelab terbabit enggan membuat bayaran.   

Foto: Utusan Online. Media Sosial
Powered by Blogger.