Header Ads

Selangor 4-1 Melaka United


Perlawanan sulung  di gelanggang lawan bagi kempen Liga Super 2018 tidak memberikan tuah buat Melaka United apabila tewas 1-4 kepada Selangor dalam aksi yang berlangsung di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di Cheras malam tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Rufino Segovia sebelum disamakan oleh Tiago Gomez menerusi sepakan percuma.

Babak kedua menyaksikan Selangor memanfaatkan kelemahan barisan pertahanan Melaka United apabil memperoleh tiga lagi jaringan menerusi Segovia dan dua gol pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Mohd. Syahmi Safari.


Powered by Blogger.