Header Ads

Tiga gol babak pertama jadi pemusnah


Pemain dan jurulatih berbeza namun keputusan tetap sama, tewas. 

Ketika tiga perlawanan awal Liga Super memperlihatkan kesungguhan Melaka United dalam mencapai sasaran lima terbaik liga, namun aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos menentang Johor Darul Ta'zim malam tadi jelas memperlihatkan masih terdapat jurang diantara kedua-dua pasukan.

Kegagalan menyempurnakan peluang antara punca Melaka United tewas di Larkin.
Terlalu hormatkan lawan, gagal menguasai bahagian tengah dan memanfaatkan peluang antata punca yang membawa kepada kekalahan di gelanggang lawan.

Lihat sahaja bagaimana pemain JDT cuba mempengaruhi pengadil dalam memberikan hukuman kepada pemain Melaka United, itu antara perkara yang perlu dipelajari dan diuruskan dengan baik oleh ketua jurulatih dan ketua pasukan dalam mempertahankan setiap rakan sepasukan.

10 pertama seakan menampakkan sinar dalam perlawanan ini apabila Melaka United berjaya menyerap asakan lawan sebelum mencipta serangan balas namun segalanya musnah dalam 10 minit apabila tuan rumah berjaya meledak dua gol sekali gus 'membunuh' semangat juang pelawat.

Tiada tiga mata penuh apatah lagi satu mata dan akhirnya pulang dengan berputih mata.


Untuk perlawanan keempat Liga Super 2018, Eduardo Almeida melakukan sedikit pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding ketika menundukkan Negeri Sembilan minggu lalu.

Berdepan penyandang juara liga, Mohd. Zamir Selamat ditugaskan sebagai benteng terakhir pasukan dan dibantu empat pertahanan, G. Puaneswaran, Nicholas Swirad, Steven 'Tikito' Tricot dan Khair Jefri Jones.

Sementara di bahagian tengah pula dikemudi Shahdan Sulaiman, Jeon Woo-Young dan Tiago Gomez sementara R. Surendran dan Ahmad Fakri Sa'arani masing-masing di bahagian sayap dengan Zubovich sebagai penyerang tunggal.

Gomez sedikit tenggelam berdepan Insa dalam pertembungan di bahagian tengah.
Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, Melaka United hampir sahaja di depan seawal minit kesembilan apabila kuisan Zubovich berjaya menewaskan penjaga gol JDT, Mohd. Farizal Marlias namun cubaan sedikit tersasar.

Tersentak dengan gerakan itu, JDT terus melakukan serangan dan akhirnya gawang pelawat bocor juga menerusi tandukan Luciano Figueroa pada minit ke-12 hasil sepakan penjuru.

Melaka United berpeluang menyamakan kedudukan dua minit selepas itu namun tandukan Jeon yang tidak dikawal sedikit melepasi palang hasil sepakan percuma yang diambil Shahdan.

Namun, kelekaan barisan pertahanan pelawat sekali lagi dihukum apabila penyerang import JDT, Jorge Pereira Diaz meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-21 dari luar kotak penalti menewaskan Mohd. Zamir yang tidak mampu menjangkau bola berkenaan.

Belum pun sempat anak buah Almeida memperkemaskan barisan pertahanan, JDT menambah lagi gol kali ini menerusi Natxo Insa yang bijak menyelinak masuk ke dalam kotak penalti seterus menolak mudah bola ke gawang gol untuk jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-35.

Babak kedua menyaksikan JDT mengendurkan sedikit serangan dengan bola dilihat lebih banyak berlegar-legar di bahagian tengah.

Zubovich perlu mempertajamkan penyudah di depan gawang.
Namun, Melaka United yang mengeluarkan kapten, Surendran pada separuh masa dilihat gagal menyerlah apabila beraksi di bahagian sayap kanan dan peluang terbaik pemain import dari Korea Selatan hadir pada minit ke-86 namun tindakan La'Vere Corbin-Ong menjatuhkannya dalam kotak penalti tidak dihiraukan pengadil.

Foto: MUSA

No comments

Powered by Blogger.