.

.

5 aksi sepanjang Ramadan uji kemampuan pemain


Kekuatan fizikal dan mental pemain Melaka United bakal diuji apabila terpaksa mengharungi tiga aksi di gelanggang lawan daripada lima perlawanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Ini susulan daripada pengumumam Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang memaklumkan kempen Liga Malaysia tetap akan berjalan seperti biasa.

Namun terdapat perubahan pada waktu sepak mula yang dianjakkan satu jam lewat ke pukul 10 malam berbanding 9 malam sebelum ini sementara bagi aksi di Sabah dan Sarawak pula hanya akan bermula pada pukul 9.15 malam.

Aksi Liga Malaysia tetap diteruskan bagi mengekalkan momentum setiap pasukan bertanding.
Menurut Lembaga Pengarah Malaysia Football League (MFL), antara faktor utama perlawanan tetap dijalankan ketika Ramadan adalah Liga Malaysia dapat mengekalkan momentum setiap pasukan sehingga penghujung musim sekaligus menjadikan liga itu lebih kompetitif serta mengelakkan kepadatan jadual.

"Mengikut perancangan dirangka Unit Pertandingan MFL, kesemua perlawanan Liga Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia mahu diselesaikan sebelum Oktober. 

"Ini kerana untuk memberikan laluan buat pemain-pemain yang bakal berkhidmat untuk pasukan kebangsaan dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 pada awal bulan November," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Melaka United tempuh dua aksi di gelanggang lawan dalam tempoh 10 hari.
Keputusan itu jelas satu cabaran besar buat anak buah E. Elavarasan apabila menempuh tiga perlawanan dalam tempoh 10 hari bermula dengan kunjungan PKNS FC di Stadium Hang Jebat pada 23 Mei ini.

Selepas itu, Melaka United akan ke Pantai Timur menentang Terengganu FC pada 26 Mei sebelum naik ke utara pula berdepan Kedah di Stadium Darulaman yang dijadualkan pada 1 Jun ini.

Dua perlawanan berikutnya menyaksikan Melaka United berdepan Kuala Lumpur sebanyak dua kali, di Stadium Bola Sepak KLFA Cheras pada 5 Jun sebelum menanti lawan sama, empat hari kemudian.

Sistem penggiliran mungkin cara terbaik elak pemain kepenatan.
Lima perlawanan sepanjang Ramadan

23 Mei 2018 H PKNS FC
26 Mei 2018 A TFC 
01 Jun 2018 A Kedah 
05 Jun 2018 A Kuala Lumpur
09 Jun 2018 H Kuala Lumpur

*H untuk gelanggang sendiri, A gelanggang lawan

Untuk jadual penuh aksi Liga Super 2018, anda bola layari laman web di bawah ini
https://www.footballmalaysia.com/portal/league-fixtures-all

Foto: MUSA
Powered by Blogger.