.

.

Almeida direhatkan?

 

Empat kekalahan berturut-turut daripada perlawanan jelas merisaukan penyokong bola sepak Melaka United kerana bimbang skrip sama musim lalu bakal berulang kembali.

Malam tadi ketika Melaka United tunduk 1-2 kepda Perak, kelibat pengendali, Eduardo Almeida tidak kelihatan di bangku simpanan sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bekas ketua jurulatih T-Team itu kini direhatkan.

Prestasi hambar ditampilkan Melaka United dalam lima perlawanan terakhir.
Jika diselak rekod Almeida musim ini, pasukan ini hanya mencatat empat kemenangan dan enam kekalahan dalam 10 perlawanan termasuk keputusan malam tadi.

Empat kemenangan tersebut dicatatkan ketika menentang Kelantan, Negeri Sembilan, Southern FC dan PKNP FC, kesemua perlawanan yang boleh disifatkan biasa dan wajib menang.

Namun, enam kekalahan ketika menentang Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur (penalti), Terengganu, Pahang dan terbaharu, Perak.

T. Mohan ambil alih tugas sementara sebagai pengendali Melaka United.
Jadi, tidak hairanlah jika K. Mohan dan Norizam Ali Hassan dilihat berada di bangku simpanan memberi arahan kepada pemain dalam aksi menentang Bos Gaurus malam tadi.

Pastinya dengan tindakan merehatkan Almeida bakal mencetuskan spekulasi pengendali baharu pasukan dengan nama Mohd. Azraai Khor Abdullah dan K.Devan pastinya berada dalam senarai Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi menyelamatkan maruah bola sepak Melaka.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.