Header Ads

Chang Hoon ganti Gomes


Pemain import dari Korea Selatan, Lee Chang Hoon mengisi kouta import Melaka United musim ini bagi menggantikan Tiago Gomes.

Kehadiran pemain tengah berusia 32 tahun itu bakal memberikan wajah baharu kepada skuad Melaka United yang dibimbing E. Elavarasan.

Chang Hoon memulakan kariernya bersama kelab divisyen satu Korea Selatan (K League 1), Gangwon FC sebelum berhijrah ke Seongnam FC, Sangju Sangmu sebelum kembali Seongnam dua musim berikutnya.


Sepanjang kariernya, Chang Hoon pernah memenangi Piala FA sebanyak dua kali pada 2011 dan 2014 sementara muncul juara K League 2 bersama Sangju Sangmu pada 2015.

Selain itu, pemain kelahiran Incheon ini berpengalaman beraksi di peringkat Asia di kejohanan Liga Juara Juara Asia bersama Seongnam pada 2012.

Kehadiran Chang Hoon bakal memperkukuhkan jentera tengah Melaka United dan dia berpasangan dengan seorang lagi pemain dari Korea Selatan, Jeon Woo Young.

Selain Gomes, Yahor Zubovich juga mungkin digugurkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi memberi laluan kepada seorang penyerang baharu dari Nigeria.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.