.

.

Satu mata berharga dikutip di Ipoh


Dua watak baharu menjelmakan persembahan Melaka United yang berbeza. Kehadiran ketua jurulatih, E. Elavarasan dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat nyata membawakan perubahan yang diinginkan penyokong.

Biarpun pulang dengan satu mata dari Stadium Perak di Ipoh, mutu permainan yang berbeza ditampilkan sudah pasti membuatkan penyokong tidak sabar menantikan aksi seterusnya di Liga Super.

Zubovich beri masalah kepada pertahanan Perak.
Menyedari kerapuhan benteng perlawanan di bawah kendalian pengendali terdahulu, Elavarasan melakukan rombakan dalam kesebelasan utamanya termasuk mengenepikan dua pemain import, Tiago Gomes dan Shahdan Sulaiman.

Nicholas Swirad ditolak ke sebelah kanan, Steven Thicot digandingkan bersama Khair Jefri Jones sementara Mohd. Azmi Muslim diletakkan di pertahanan kiri.

Larian Gopinathan mengucar-kacirkan pertahanan Perak.
Bekas pengendali PKNS FC itu memilih formasi 4-2-3-1 dengan meletakkan dua pemain tengah bertahan, Jeon Woo Young dan S. Sivanesan bagi melindungi barisan pertahanan sementara R. Gopinathan, Ahmad Fakri Sa'arani dan R. Surendan berada di belakang Yahor Zubovich selalu penyerang tunggal.

Rafiuddin Uddin yang masuk menggantikan Nazirul Naim terlebih dahulu menguji kehebatan Khairul Fahmi di gawang Melaka United namun berjaya diselamatkan bekas penjaga gol Kelantan itu.

Sivanesan kemudiannya mendatangkan cemas kepada penjaga gol lawan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy namun cubaan jarak jauhnya sedikit tersasar. 

Ahmad Fakri kurang menjadi biarpun diletakkan sebagai kesebelasan utama.
Perak kemudiannya menggerakkan asakan menerusi penyerang import, Gilmar yang berjaya memperdaya Thicot namun cubaannya dari dalam kotak sekadar melepasi palang. 

Beberapa gerakan berbahaya menerusi Gopinathan, Zubovich dan Ahmad Fakri namun gagal menembusi gawang tuan rumah.

Khairul Fahmi kemudiannya menyelamatkan sepakan percuma dari jarak tengah padang pada masa kecederaan bagi mengelakkan Melaka United ketingggalan pada waktu rehat.

Perak melakukan serangan awal pada separuh masa kedua apabila percubaan Nasir Baharuddin diselamatkan Khairul Fahmi sekali gus menafikan gol pertama tuan rumah. 

  1. Melaka United berjaya bertahan dengan baik di sepanjang perlawanan.
Bekas penjaga gol Kelantan itu kemudiannya menjadi wira Melaka United dengan menyelamatkan percubaan wajib gol, tandukan Robert Cornthwaite disusuli cubaan Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dan Leandro Dos Santos.

Zubovich memperoleh peluang terbaik pada minit ke-73 selepas lariannya masuk ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan leret sedikit tersasar biarpun Hafizul Hakim sudah tertewas.

Keputusan ini tidak mengubah kedudukan Melaka United di tempat kesepuluh dengan kutipan 10 mata daripada 10 perlawanan.

Foto: MUSA

Powered by Blogger.