.

.

Siapa pemain import yang mungkin disingkirkan?


Skrip sama seperti musim lalu, Melaka United nampaknya terpaksa melakukan beberapa rombakan khususnya pengguguran pemain import yang gagal mempamerkan aksi sebenar sepanjang kempen Liga Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi baru-baru ini berkata, beberapa pemain baharu berada dalam radar untuk dibawa masuk apabila jendela perpindahan kedua dibuka bulan ini.

"Tumpuan adalah menukar import yang gagal bertindak cemerlang. Justeru, kami sedang meneliti beberapa pemain baharu yang boleh membentuk gandingan lebih bertenaga.

“Bagaimanapun, tiada perubahan dalam kalangan pemain tempatan dengan kemungkinan besar semua akan dikekalkan. Ini disebabkan kitaran pemain tempatan terbaik agak terhad," katanya.

Berikut merupakan penilaian kami terhadap kelima-lima tonggak import Melaka United sepanjang musim ini.

YAHOR ZUBOVIC (Belarus)


Kehadiran Zubovich ke Melaka mencetuskan tanda tanya kerana penyerang dari Belarus ini tidak mempunyai ratio gol perperlawanan yang baik sepanjang kariernya.

Sering diletakkan sebagai penyerang tunggal oleh ketua jurulatih, Edurdo Almeida, Zubovich bergelut pada aksi pramusim bagi mencari keserasian dan rentak apatah lagi tidak pernah beraksi di sebarang kelab ASEAN.

Seleps mendapat rentak, Zubovich semakin berbisa apabila meledak sembilan gol dalam 10 penampilan untuk semua kejohanan serta meletakkan dirinya antara penjaring terbanyak Liga Super musim ini.

RATING: 7.5/10

TIAGO GOMES (Portugal)


Seorang pemain perancang yang dibawa masuk bagi memperkukuhkan jentera tengah Melaka United bersama dua pemain import lain.

Bekas pemain remaja Benfica ini bermula baik apabila berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik ketika tunduk kepada Selangor Mac lalu dan itu adalah jaringan tunggal yang dijaringkan Gomes setakat ini.

Mempunyai skil menggelecek yang baik, visi hantaran berkualiti dan work rate yang tinggi namun pemain berusia 33 tahun ini tidak konsisten sepanjang 90 minit perlawanan.

Di media sosial, penyokong mendesak agar Melaka United mencari pemain tengah lebih baik bagi menggantikan Gomes.

RATING: 5/10

JEON WOO YOUNG (Korea Selatan)


Satu-satunya pemain import musim lalu yang dikekalkan, 'The Special Jeon' semakin kurang sengat di bahagian tengah dengan aksi biasa dipamerkan sepanjang musim ini.

Ini mungkin disebabkan peranannya diletakkan lebih ke bawah sedikit berbanding musim lalu bagi memberi peluang Gomes beraksi sebagai pemain no. 10 di belakang Zubovich.

Jeon terkenal dengan sepakan padu berbahaya dari luar kotak namun musim ini tidak banyak yang dapat disaksikan dan pemain import dari Korea Selatan ini sekadar menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilan.

Banyak ruang yang perlu diperbaiki jika ingin terus kekal beraksi di Melaka sehingga akhir musim ini.

RATING: 5/10

SHAHDAN SULAIMAN (Singapura)


Mengisi kuota import ASEAN, pemain kebangsaan Singapura ini dipinjamkan semusim dari kelab Liga S, Tampines Rovers.

Cukup dikenali di negara jiran sebagai pemain perancang kreatif seperti Safiq Rahim, Shahdan bagaimapun sedikit tenggelam dalam kancah Liga Malaysia.

Jika musim lalu dia berjaya menjaringkan enam gol bersama The Stags namun selepas tujuh penampilan bersama Melaka United, pemain ini belum lagi meledak sebarang gol, sekali gus mencetus persoalan mengenai masa depan bersama skuad hijau putih.

Tampak sedikit janggal apabila dua perancang kreatif seperti Shahdan dan Gomes bergandingan bersama bagi merencanakan gerakan Melaka United.

RATING: 4/10

STEVAN THICOT (Perancis)


Antara harapan Melaka United musim ini bagi membina benteng ampuh yang menjadi kelemahan utama pasukan sepanjang musim lalu.

Kerap digandingkan bersama Nicholas Swirad di pertahanan tengah, pada awal musim tampak seakan gandingan ini merupakan penyelesaian kepada masalah benteng kerap bocor musim lalu namun kini bahagian ini nampaknya membimbangkan.

Mempunyai terjahan yang baik namun kegagalan membaca gerakan lawan antara kelemahan yang perlu diperbaiki namun tidak dapat dipastikan adakah Thicot akan kekal selepas tamat jendela perpindahan Mei.


RATING: 4/10

Powered by Blogger.