.

.

Apek dipanggil sertai skuad kebangsaan


Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek menjadi pemain tunggal Melaka United dipanggil skuad Harimau Malaya bagi berdepan aksi persahabatan antarabangsa.

Anak jati Kelantan itu merupakan antara 24 pemain yang terpilih menjalani latihan pusat skuad kebangsaan bermula Ahad minggu depan di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Malaysia dijangka berdepan Fiji dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras pada 5 Julai ini pada pukul 8.45 malam.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.