Header Ads

Kritik boleh tapi usah sentuh hal peribadi pemain


Prestasi hambar yang dipamerkan Melaka United ketika kekalahan 2-4 kepada Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Krubong Sabtu lalu sememangnya tidak dijangka.

Ini kerana dalam dua perlawanan terdahulu, pasukan yang dibimbing E. Elavarasan itu menunjukkan permainan yang baik sehingga berjaya merekodkan kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan.

Melaka United gagal kekalkan rentak kemenangan selepas tumpas di tangan Kuala Lumpur.
Disebalik kekalahan terbaharu itu, beberapa pemain dikritik hebat penyokong Melaka United di media sosial atas tanggungjawab kepada kekalahan yang berlaku di laman sendiri.

Antara pemain menerima kritikan adalah penjaga gol, Mohd. Zamir Selamat selepas didakwa melakukan beberap kesilapan sehingga membawa kepada dua gol skuad The City Boys.

Namun, keadaan menjadi sedikit tegang apabila salah seorang penyokong bukan sahaja mengkrik malah turut menyentuh hal peribadi bekas penjaga gol PKNS FC itu.


Tindakan tersebut mendapat maklum balas Mohd. Zamir yang kemudiannya mengajak penyokong berkenaan untuk berjumpa bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

"Sedap betul tengok komen bro @#### ni. Aku berharap sempatlah dia bertaubat sementara kita di bulan pengampunan ini. Okey encik sempurna.


"Kau rasa keluarga aku yang baca hati batu? Hitam? Komen aku tak apa ini komen macam duduk serumah. Tahu aje aku dapat ke tak. Nak jumpa boleh ke taiko?" kata Mohd. Zamir.

Namun komen tersebut didapati telah dipadamkan oleh penjaga gol berkenaan di akaun media sosialnya.

Susulan itu, pagi ini Mohd. Zamir memuat naik status baharu menjelaskan perkara tersebut sudah selesai dipercayai menerusi satu perjumpaan semalam.

Gambar yang dimuat naik Mohd. Zamir bersama kapsyen pagi tadi.
"Alhamdulillah, beliau sudah meminta maaf. Cuma hendak pesan sikit. Boleh komen atau hendak maki sekali pun dekat individu, masih boleh di terima.

"Jangan sesekali libatkan agama, keluarga dan kaum. Saya mohon maaf kalau ada menyakiti sesiapa. Kami pun ada keluarga yang merupakan seorang manusia yang ada hati.

"Kami salah, komen kami. Terima kasih buat semua penyokong yang sentiasa menyokong ketika jatuh dan naik. Anda terbaik," katanya.

Peristiwa yang berlaku ini mengingatkan semua akan tanggungjawab sebagai pemain dan penyokong dalam memastikan kejayaan Melaka United.

Kritikan itu perlu namun jangan sesekali menyentuh isu sentitif pemain berkenaan dikhuatiri akan memberi imej negatif bukan sahaja kepada mereka malah keluarga.

Dan kepada pemain pula perlu lebih profesional dengan mengelakkan melayan komen-komen yang boleh mencetuskan ketegangan antara mereka dan penyokong.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.