.

.

TMJ puji persiapan Melaka United, 4 pasukan


Persediaan dan perancangan rapi beberapa pasukan menjelang sepak mula Liga Malaysia mendapat reaksi daripada Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitternya, Tunku Ismail mengucapkan tahniah kepada lima pasukan, empat dari Liga Super dan satu dari Liga Premier.

Biarpun tidak menyatakan sebab utama ucapan tahniah itu dizahirkan, namun dipercayai diberikan atas usaha keras kelima-lima pasukan bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi kancah Liga Malaysia.

"Syabas kepada Terengganu FC, Selangor FA, Perlis FA, Kedah FA dan Melaka United," katanya malam tadi.

Foto: MUSA 
Powered by Blogger.