.

.

Macam p**i - Dollah Salleh


Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh dilihat enggan bersalaman dengan Zainal Abidin Hassan selepas perlawanan antara Melaka United dan Pahang malam tadi.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 itu, Dollah yang merupakan anak kelahiran Melaka tidak menyambut tangan untuk bersalaman dengan rakan sejawatnya itu.

Sebaliknya, Dollah yang nampak begitu kecewa selepas Melaka United memperoleh sepakan penalti lewat permainan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pegawai perlawanan.

"Macam p***," kata Dollah selepas melepasi Zainal Abidin.


Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Muhamad Nor Azam Abdul Aziz dilayangkan kad kuning ke dua pada minit ke-79.


Bagaimanapun difahamkan selepas insiden berkenaan, kedua-dua jurulatih berkenaan berjumpa bersalaman bersama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pahang menerusi akaun Facebook rasmi pasukan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan malam tadi.


"Pasukan pahang telah mempamerkan aksi terbaik. Namum keputusan pengadil lebih terbaik kot," katanya menerusi hantaran baharu malam tadi.

Foto: Pahang FA
Powered by Blogger.