.

.

Adly yakin Melaka United kembali bangkit


Melaka United mendapat suntikan moral menjelang pertemuan ke-10 Liga Super 2019 menentang Kedah minggu ini apabila menerima tajaan sebanyak RM1 juta hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari berkata, suntikan dana daripada Mamee-Double Decker Distribution tersebut diharapkan menjadi tonik terbaik buat pasukan itu kembali mencatat kemenangan.

"Terima kasih Mamee-Double Decker, saya yakin Melaka United mampu bangkit semula," katanya menerusi catatannya di Facebook hari ini.

Tajaan tersebut diserahkan kepada Adly oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker, Datuk Wira Pang Tee Chew hari ini.

Melaka United gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terbaharu.

Pasukan itu kini ditangga keenam Liga Super dengan 11 mata daripada sembilan perlawanan dan tersingkir di pusingan kedua Piala FA selepas tewas 2-3 kepada PKNS FC di Shah Alam minggu lalu.
Powered by Blogger.