.

.

Doakan kemenangan kami - Wan Amirul Afiq


Menjelang pertemuan menentang PKNP FC di Stadium Manjung, Perak malam esok, pertahanan, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman mengharapkan doa daripada penyokong Melaka United bagi mencatat kemenangan.

Menerusi catatan terbaharu di akaun Facebooknya, Wan Amirul Afiq berkata, setiap pemain pastinya akan memberikan yang terbaik dan tidak akan sesekali membiarkan diri menjadi mangsa ratahan lawan.

"Pada Jumaat yang barakah ini, saya nak minta satu sahaja. Tolong selitkan doa untuk kami supaya urusan kami dipermudahkan pada perlawanan esok.

"Semoga kami peroleh kemenangan. Insya Allah, amin, dan terima kasih. Jangan biarkan musuh memperkotak katikkan, kita lawan," katanya hari ini.

Melaka United beraksi di bawah kemampuan sebenar dalam empat aksi terakhir yang memperlihatkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu tewas tiga dan seri sekali.


Biarpun memulakan kempen Liga Super dengan aksi yang memberangsangkan, faktor kecederaan beberapa pemain utama termasuk Liridon Krasniqi dikatakan menjadi punca kemerosotan prestasi pasukan.

Foto: JDT
Powered by Blogger.