.

.

Kedudukan Zainal Abidin selamat


Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari memberi bayangan kedudukan ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan selamat buat masa ini.

Bercakap kepada BH Online, Adly yang merupakan Ketua Menteri Melaka berkata, kegagalan meneruskan momentum seperti yang ditunjukkan skuad bimbingan Zainal Abdin pada awal musim adalah disebabkan faktor kecederaan.

Adly turut optimis dengan kemampuan Zainal Abidin mengemudi pasukan kekal menduduki kelompok lima tempat teratas, sekali gus menolak khabar angin kononnya persatuan itu berhasrat mencari pengganti.

"Saya tidak akan buat kesimpulan begitu (menggantikan Zainal) kerana kita bermula dengan baik cuma faktor kecederaan membuatkan pasukan itu tidak dapat bermain dengan sempurna.

"Cuma saya akui, kita berdepan kelemahan di pertengahan dan akan melihat kembali peluang yang boleh digunakan supaya pasukan kekal mengakhiri musim di kedudukan lima terbaik," katanya.

Powered by Blogger.