.

.

Melaka United bincang isu pemotongan geran


Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang menyebabkan geran tahunan pasukan dipotong Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Presidennya, Adly Zahari berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan mengambil langkah drastik bersama pihak pengurusan persatuan untuk mengatasi setiap masalah yang timbul.

"Kita akan bincangkan perkara ini bersama pengurusan MUSA dalam masa terdekat," katanya kepada BH Online semalam.

Melaka United merupakan antara tujuh pasukan yang dikenakan tindakan pemotongan geran tahunan sebanyak 50 peratus selepas gagal mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember lalu.

Turut dikenakan tindakan sama adalah Kuala Lumpur dan FELDA United FC yang beraksi dalam Liga Super selain Kelantan, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang (Liga Perdana).
Powered by Blogger.