.

.

Melaka United tiga pasukan termahal Liga M


Melaka United muncul antara tiga pasukan paling bernilai dalam kancah Liga Malaysia dengan harga pasaran keseluruhan mencecah RM13 juta.

Menurut BH Online, penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) ditangga teratas dengan  nilai keseluruhan sebanyak RM30 juta diikuti Pahang (RM14.2 juta) dan Melaka United di tempat ketiga.

Melaka United yang kini di tangga keenam Liga Super dikuatkan dengan kemasukan pemain tempatan paling bernilai, Safiq Rahim dengan harga pasaran mencecah RM1.9 juta.

Pemain import, Liridon Krasniqi atau Mat Don pula berada dalam kelompok 10 pemain import paling bernilai di pasaran sekitar RM2.4 juta selepas menyertai Melaka United dari Kedah pada awal musim ini.

Selain itu, Melaka United turut dibarisi tiga bekas kapten seperti Mohd Razman Roslan, Mohd Shukor Adan dan Khairul Fahmi Che Mat yang berpengalaman luas dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Foto: MUSA

Powered by Blogger.