.

.

Perlukah Zainal Abidin direhatkan?


Keputusan hambar dicatatkan Melaka United dalam empat perlawanan kompetetif terbaharu pastinya meresahkan penyokong.

Taktikal yang mudah dibaca, tiada plan B atau C, prestasi hambar pemain utama dan terbaharu, Liridon Krasniqi atau Mat Don 'hilangkan diri' kini mengheret persoalan mengenai masa depan ketua jurulatih itu bersama Melaka United.

Bayangkan beberapa penyokong Melaka United ketika aksi menentang Perak di Stadium Hang Jebat minggu sempat bermain permainan telefon pintar, PUBG, disebabkan kehambaran perlawanan tersebut.

Hampir setahun lalu, jurulatih berasal dari Portugal, Eduardo Almeida direhatkan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) selepas pasukan merekodkan empat kekalahan berturut-turut.

Daripada 10 perlawanan, di bawah bimbingan Almeida, Melaka United sekadar mencatat empat kemenangan, kesemuanya dalam perlawanan wajib menang sementara tewas enam kali dalam aksi Liga Super 2018.

Mat Don dilaporkan tidak kembali ke Melaka United selepas menjalani rawatan di luar negara.
Berbanding nasib Almeida, Zainal Abidin pula mencipta pencapaian baik Melaka United sejak dinaikkan ke Liga Super pada 2017 apabila meraih 10 mata daripada lima perlawanan.

Menang ke atas Petaling Jaya City, PKNS FC dan Kuala Lumpur, seri 1-1 menentang Pahang dan tewas 1-2 di Larkin kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Namun, selepas itu rekod Zainal Abidin kurang baik apabila ketandusan kemenangan, tewas 0-3 kepada Terengganu, seri tanpa jaringan dengan Perak dan tewas 2-3 kepada PKNS FC.

Zainal Abidin kini berdepan tugas berat Sabtu ini apabila bakal menentang pasukan negeri kelahirannya, Selangor yang kini berada pada prestasi terbaik.

Harus diingat, kedudukan Melaka United di tangga kelima Liga Super ini menunjukkan Zainal Abidin berada di tahap yang bagi bagi memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) musim ini untuk berada di kedudukan empat teratas.

Kekalkan atau singkirkan sahaja? Jangan lupa, pembantunya, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff juga tidak kurang hebatnya jika pengurusan MUSA mengambil langkah menyingkirkan Zainal Abidin.

Foto: MUSA


Powered by Blogger.