.

.

Bertahan ala 'budak sekolah', Selangor hukum Melaka United


Kelekaan pada minit-minit akhir perlawanan Melaka United dihukum apabila tumpas 3-4 kepada Selangor di Stadium Hang Jebat malam tadi sekali gus meleburkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah di sini.

Ketika tiga mata penuh seakan milik Melaka United, Sean Selvaraj muncul wira Selangor apabila meledak dua gol dalam tempoh lima minit bagi membantu pasukannya membawa pulang tiga mata penuh.

Seakan tidak belajar daripada kesilapan mudah ketika tewas kepada PKNS FC Rabu lalu, dua gol lewat yang diperoleh Selangor amat perit untuk diterima penyokong Melaka United.

Gol pertama Selvaraj berpunca daripada seakan penjuru yang pantas diambil Mohd. Amri Yahyah ketika pemain-pemain Melaka United seakan tidak bersedia berdepan situasi tersebut.

Dan pada minit ke-94, Selvaraj yang tidak dikawal sekai lagi mudah menanduk masuk sepakan percuma untuk turut meleburkan rekod tanpa kalah Melaka United di laman sendiri musim ini.


Segalanya sebenarnya tampak kurang menjadi sejak awal permainanan lagi apabila Mohd Amri meledak gol cantik sepakan separuh voli dari luar kotak pada minit kelapan meletakkan Selangor di depan.

Kurang 10 minit kemudian, Melaka United menyamakan kedudukan menerusi Patrick Reichelt yang terhasil daripada kesilapan penjaga gol Selangor, Farizal Harun yang gagal mengagak bola hantaran jauh Mohd Shukor Adan.

Namun, Mohd Amri kembali meletakkan pelawat di depan pada minit ke-25 apabila menyepak leret melepasi kawalan Khairul Fahmi Che Mat, yang sepatutnya mampu melakukan lebih baik daripada itu.

Babak kedua seakan memberi harapan kepada Melaka United apabila berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Reichelt yang menanduk masuk seakan percuma Raimi Md Noor.


Darko Markovic yang  seakan 'hilang' di sepanjang perlawanan meletakkan gol ketiga Melaka United sekali gus menghidupkan peluang meraih tiga mata penuh.

Namun dua gol lewat Selvaraj membuatkan Melaka United berputih mata, hasil kesilapan pertahanan Melaka United.

Perkara ini diakui dengan penuh emosi pemain terbaik perlawanan, Reichelt yang mengagap dua gol berkenaan macam budak-budak.

"Kami ada ramai pemain berpengalaman namun apabila bertahan (ketika melepaskan dua gol lewat) nampak macam kebudak-budakkan.


"Saya tiada idea untuk mengulas perkara ini. Minta maaf kepada pemain, jurulatih dan penyokong kerana terpaksa mengatakan perkara ini. Pertahanan yang macam budak-budak," katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). 
Powered by Blogger.