.

.

Safiq pemain tempatan termahal


Pemain tengah, Safiq Rahim dilaporkan menjadi pemain tempatan Liga Super dengan nilai pasaran dianggarkan sekitar RM1.9 juta.

Berdasarkan harga pasaran yang dipetik daripada portal www.transfermarket.com, Safiq di tempat teratas diikuti pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dengan RM1.6 juta; penyerang Felda United, Hadin Azman (RM970,000) dan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Ahmad (RM851,000) dan Hazwan Bakri (RM851,000).

Safiq menyertai Melaka United awal musim ini selepas dilepaskan juara Liga Super, JDT dan sejak menyertai skuad bimbingan Zainal Abdin Hassan, Safiq muncul tonggak utama dalam menggerakkan jentera tengah pasukan.


Sementara itu, Liridon Krasniqi atau Mat Don pula berada dalam kelompok 10 pemain import yang mempunyai nilai tertinggi Liga Super musim ini.

Mat Don dianggarkan bernilai RM2.4 juta di kedudukan kelapan dengan dua penyerang JDT, Diogo Luis Santo berada di kedudukan teratas dengan nilai RM4.8 juta dan Leandro Velazquez (RM3.8 juta).

Pemain tengah kelahiran Kosovo itu terlepas lima aksi Liga Super dan Piala FA selepas mengalami kecederaan ketika kemenangan ke atas Kuala Lumpur 2-0 pada awal Mac lalu.


Powered by Blogger.