.

.

Gaji Shukor tertunggak 5 bulan?


Bukan sebulan dua tetapi lima bulan. Itulah nasib yang dialami kapten Melaka United, Mohd Shukor Adan apabila mendakwa tidak menerima gaji sepanjang tempoh terserbut

Memetik kenyataan Facebook rasmi Mohd Shukor, Shukor Adan Official, anak kelahiran Melaka itu terpaksa lantang bersuara bagi memperjuangkan nasib rakan sepasukan yang dilaporkan berdepan tunggakan gaji selama tiga bulan.

Dakwanya, sepanjang tempoh tunggakan gaji, Mohd Shukor tidak pernah bersuara sebaliknya memberikan komitmen penuh terhadap Melaka United.

“Tidak ada istilah angkat kaki, merajuk atau tawar hati, Mohd Shukor buat untuk semua pemain dan rakan-rakan. Kalau dia tidak suarakan, ada ke (pihak) yang berani bersuara.

"Cuba anda bayangkan bila kami tidak dapat gaji. Tutup cerita pemain lain, amik kes Mohd Shukor sahaja yang tidak dibayar gaji selama lima bulan sepanjang tempoh dia bersama Melaka United.


"Dia tidak pernah berbunyi sebelum ini malah dia berikan sepenuh komitmen untuk pasukan baik dari segi perlawanan dan latihan hingga ke hari ini. 04 adalah jiwa dia, asal usul dia tempat kelahiran dia.

"Tetapi kalau begini layanan yang diterima, salah ke apa yg dia perjuangkan?" katanya hari ini.

Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan malam tadi mengesahkan Mohd Shukor meninggalkan pasukan selepas sudah tawar hati untuk mewakili Melaka United.

Ini susulan tindakan ketua jurulatih itu menggugurkan Mohd Shukor dalam senarai 18 pemain Melaka United untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan pasukan bimbingannya tumpa 0-3 kepada Pahang.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.