Header Ads

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA LIGA FAM 2014


Pusingan pertama Liga FAM 2014 hingga hampir ke penghujungnya, dengan berbaki tiga perlawanan, Melaka United berjaya meletakkan diri di tempat kedua, berkongsi mata dengan Cebagoo FC, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Kuantan FA.

Melaka United akan bertandang ke Bangi menentang Harimau Muda C, kemudian, menanti kunjungan Hanelang FC sebelum menamatkan pusingan pertama di Pulau Pinang menentang Sungai Ara FC.

Merujuk kepada jadual terkini pusingan kedua Liga FAM 2014 yang dikeluarkan semalam, Melaka United akan menanti kunjungan balas Sungai Ara FC sebelum ke utara semula menentang Perak YBU FC, seminggu kemudian.

CEBAGOO FC... aksi di Penampang Jun ini bakal jadi penentu kejayaan Melaka United.
Sepanjang Mei, Melaka akan menempuh lima perlawanan, tiga daripadanya beraksi di gelanggang sendiri. Aksi padat Jun menuntut kecegasan pemain kerana enam perlawanan akan ditempuh anak buah Latko Tatkovic, tiga aksi halaman sendiri dan tiga di gelanggang lawan.

Aksi Melaka United ke gelanggang luar pada Jun ini pastinya mencabar kecergasan pemain yang menyaksikan pasukan ini bertandang ke Kedah, Sabah dan Terengganu. Melaka United akan menamatkan aksi di gelanggang sendiri menentang Harimau Muda C sebelum ke Gong Badak menentang Hanelang FC bagi menutup kempen Liga FAM 2014.

Jadual penuh kempen Liga FAM 2014 boleh didapati di sini.

Powered by Blogger.