Header Ads

LIGA FAM 2014: MELAKA UNITED 2-4 HANELANG FC


Melaka United menerima tamparan hebat dalam usaha layak ke Liga Perdana 2015 apabila tewas 2-4 kepada pasukan berstatus kelab, Hanelang FC. Pasukan tuan rumah bermula dengan langkah kiri apabila ketinggalan dua gol dalam masa tiga minit masing-masing menerusi Mohd Zakuan Yusof minit ke-11 dan Ahmad Haffizi (13).

LEKA... Gawang Melaka dibocori dua gol dalam tiga minit.
Tersentak dengan dua gol pantas pelawat, Melaka United melakukan pertukaran awal dengan memasukkan penyerang, Yusri Abas menggantikan pemain sayap, K.Rajan. Bagaimanapun Yusri gagal memberikan sebarang impak yang menyaksikak keputusan kekal sehingga berakhir babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Melaka United cuba bangkit mencari gol sulung namun tidak berhasil. Sebaliknya, pelawat berjaya menambah jaringan menerusi sepakan penalti Kamal Baharin pada minit ke-49. Pertahanan Melaka United, Wan Hossen Wan Abd. Ghani berjaya mengurangkan defisit gol juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-62.

MASUK... Wan Hossen merapatkan jurang menerusi sepakan penalti.
Penyerang, Muhammad Shaizil memberikan sedikit sinar buat tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kedua Melaka United pada minit ke-75. Impian melakarkan kebangkitan pada babak kedua tidak kesampaian apabila Muhammad Faizuddin menambah gol keempat Hanelang FC, lima minit kemudian.

JOHN... sumbang gol kedua pasukan.
Kekalahan kedua berturut-turut yang dicatat dalam masa empat hari dilihat memberikan impak besar kepada Melaka United untuk menyaingi kelompok atasan Liga FAM. Tamat perlawanan, Melaka United 2-4 Hanelang FC. #GegauMelakaGegau


MELAKA UNITED: Khairul Izwan, Rahmat Neemat, K.Sathiya, Wan Hossen, Jimmy, K.Rajan (Yusri Abas 31'), Bukhari Idris (Asyrul Wahab 76'), Rahim Bakar, Jasmir Mehat, Hasrul Nurkholis (Muhammad Hafizulldin 46'), Muhammad Shaizil

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Khairul Efsan, Mohd Zaini, Aaron Kumar, Amir Shahreen

Penjaring Gol: Wan Hossen Wan Abd Ghani (p) 62', Muhammad Shaizil 75'


HANELANG FC: Mohd Suhaimi, Wan Faiz, Mohd Zakuan, Kamal Baharin, Mohd Noor Fadzlan, Shaiful Hazmi, Mohd Faizuddin, Muhammad Rezuan, Ahmad Haffizi (Wan Sharzely 58'), Khairul Hafifi, Mohd Asysham (Izman Solehin 72')

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Muhd Shafiq, Syukri Faiz, Hazrul Nizam, Syawal Naim, Arif Anuar,

Penjaring Gol: Mohd Zakuan 11', Ahmad Haffizi 13', Kamal Baharin 49', Muhammad Faizuddin 80'

Kedudukan Liga FAM selepas 10 perlawanan (Kredit Liga FAM):-


Powered by Blogger.