Header Ads

LIGA FAM 2014: MELAKA UNITED 1-0 SUNGAI ARA FC

Melaka United membuka pusingan kedua dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Sungai Ara FC di Stadium Hang Jebat di sini hari ini.

Selepas tumbang 0-3 kepada lawan sama minggu lalu, Melaka United turun dengan misi membalas dendam dengan turun dengan kesebelasan terbaik.

 Jurulatih melakukan sedikit rombakan dengan meletakkan Farid Saibun di pertahanan kiri dan mengembalikan Rahim Bakar ke pertahanan kiri dengan skipper, Rashid Mamud bergandingan dengan Ahmad Khuzaimi (Jimmy) di pertahanan tengah.

K.Rajan kembali memperkuatkan pasukan dengan Wan Hossen bergandingan dengan Bukhari Idris di jentera tengah sambil Wan Alif Jasmi berpasangan dengan Shaizil Japery barisan serangan.


Melaka United tidak perlu menunggu lama apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma cantik Wan Hossen.

Perlawanan dilihat lebih seimbang selepas itu menyaksikan gandingan Jimmy dan Rashid kental menyerap asakan lawan yang diketuai oleh Muhammad Azrul dan Muhammad Asyraf.


Kemenangan ini diharap menjadi titik kebangkitan semula pasukan selepas mencatat keputusan hambar dalam pusingan pertama kempen Liga FAM musim ini. Bangkitlah Melaka Jangan Terus Dihina.

MELAKA UNITED: Khairul Efsan, Rahim Bakar, Rashid Mamud, Ahmad Khuzaimi, Farid Saibun, K.Rajan (Asyrul Wahab 78'), Bukhairi Idris (Amir Shahreen 90'), Wan Hossen, Jasmir Mehat, Shaizil Japery, Wan Alif Jasmi (Yusri Abas 71')

Simpanan yang tidak digunakan: Mohd Bidaus, Aroon Kumar, Rahmat Naemat, Mohd Hafizulldin 

Kad Kuning: Farid Saibun

SUNGAI ARA FC: Mohd Faizal, Muhammad Irzan, Mohamad Syazwan (Muhammmad Nazrul 87'), Muhammad Hamizan (Adidarma Malik 48'), Mohd Alif Fadhil, Syamil Masdhoki (Muhammad Farhan 80'), Mahathir, Muhammad Izaidi, Muhammmad Sufie, Muhammad Azrul, Muhammad Asyraf

Simpanan yang tidak digunakan: Shahrul Syafiq, Mohamad Zailani, Karthiban, Ahmad Fitri

Kad Kuning: Mohd Alif Fadhil, Muhammad Sufie

Pemain Terbaik Perlawanan: Wan Hossen Wan Abdul Ghani (Melaka)

Kedudukan semasa Liga FAM 2014:


Powered by Blogger.