Header Ads

PELUANG SERTAI SKUAD MELAKA UNITED 2015

MELAKA UNITED... catat keputusan mengecewakan dalam kempen 2014. Foto: Melaka United Official
Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


Skuad Melaka United membuka peluang kepada mana-mana pemain dari seluruh negara yang berminat menyertai pasukan bagi kempen Liga FAM 2015.

Selepas menamatkan saingan di tangga keenam dalam kempen yang mengecewakan musim lepas, barisan pengurusan Melaka United bertindak pantas menyambar bekas pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris bagi mengendalikan pasukan.

Pemain yang beraksi dalam Liga Melaka musim ini turut berpeluang menyertai skuad Sang Kancil ini dengan aksi mereka sepanjang kempen liga dua divisyen yang bermula pada Oktober ini akan dinilai oleh Mat Zan dan penolongnya, Md. Noor Derus.

Antara pasukan yang bertanding dalam Liga Melaka tahun ini adalah MS JKR FC, Bawean Melaka FC, Persibu FC, Artis Teater Amator Melaka FC, BSN FC, Bukit Kajang FC, Surya/Solok Musai/Bkt. Piatu/ FC, Gerakan Melaka FC, Hulubalang FC, Cempaka FC, SAMB FC, Pengakalan, Alor Gajah FC, MIFA Melaka, Gadong Perdana FC, Alai FC, Selat FC, Gajah Berang FC, Tampoi FC, ASA - GP FC, Arena Teman FM FC, UTEM FC, Warisan Melayu FC, Merdeka Jaya FC, Taman Bemban Utama FC, Perma, Kuala Sungai Baru FC, Kiddo Kickers, Telok Mas FC, Gedung Lalang, Bukit Rambai FC, Melaka Baru FA, PJM FC, Bekas Pemain Negeri Melaka FC, Kelab Sukan Rekreasi HAT FAM, All Star United Melaka FC, Air Merbau FC, Teman Wira Tehel FC, White Star FC, Pulau Sebang FC, Panglima FC, Seri Duyong FC dan Merlimau FC.

Sebarang pertanyaan mengenai pemilihan pemain boleh diajukan kepada Md. Noor di talian 06-334 2078. Semoga musim depan memberikan lebih sinar kepada pasukan dan seterusnya layak ke Liga Perdana bagi musim 2016. Gegau Melaka Gegau!

Sumber: Facebook rasmi Melaka United
Powered by Blogger.