.

.

JELAJAH UTARA 2015: MELAKA KEKAL REKOD TANPA KALAH

Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

PANAS BADAN... pasukan Melaka sebelum aksi menentang Sungai Ara FC.
Melaka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam siri Jelajah Utara 2015 apabila berjaya menundukkan pesaing Liga FAM, Sungai Ara FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Bandaraya hari ini.

Selepas terikat 1-1 menetang Perlis dalam aksi sulung jelajah dua hari lalu, anak buah Mat Zan Mat Aris bangkit menundukkan lawan yang tidak pernah ditumbangkan sepanjang tiga aksi menetang pasukan bimbingan Merzagua Abderrazak itu.

ASAK...antara aksi Melaka menentang Sungai Ara FC di Stadium Bandaraya malam tadi.
Gol-gol Melaka telah dijaringkan satu di setiap babak oleh penyerang, Mohd. Syaizil menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 sebelum bekas pemain tengah T-Team, Mohd. Hafizan Talib menggandakan jaringan pada babak kedua permainan. 

Melaka akan mengakhiri Jelajah Utara 2015 dengan menentang Kedah United di Satdium Darul Aman pada Selasa depan. Diharapkan momentum kemenangan dapat dikekalkan anak buah Mat Zan dan mengelakkan skrip tahun berulang dalam kempen tahun ini.

Foto: Melaka United Official FB, Sungai Ara FC Official FB
Powered by Blogger.