Header Ads

Protes UTS di Jebat?


PRESTASI terumbang-ambing yang dipamerkan Melaka United pastinya mengecewakan peminat khususnya pemain ke-12 pasukan, Ultras Taming Sari (UTS).

Gerakan yang diketuai Capo, Lekir Hj Ahmad itu tidak pernah gagal memberikan sokongan padu kepada Melaka United biar di mana sahaja baik di Stadium Hang Jebat hinggalah ke Stadium Negeri Kuching, Sarawak.

Kekalahan besar 0-7 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Larkin baru-baru ini adalah sesuatu yang sukar diterima apatah lagi tunduk mudah tanpa memberikan saingan kepada The Southern Tigers itu.

Dalam perlawanan menentang Felda United malam tadi, UTS dilihat melakukan protes dengan tiada chant, paluan drum, snare dan sebagainya.

Yang ada hanyalah ikon-ikon yang diletakkan di Curva ROM UTS bagi menggantikan komrad yang sebelum ini banyak berkoban masa, wang ringgit dan sebagainya untuk teguh bersama pasukan.


Satu mesej yang ringkas namun cukup mendalam untuk dihayati oleh setiap pemain dan pengurusan pasukan supaya memperbaiki permainan sekali gus merencanakan kemenangan yang amat ditagih penyokong.


Ini adalah antara cara mengajar pengurusan dan pemain agar tidak mengambil mudah sesuatu perkara kerana bola sepak ini melibatkan maruah negeri ini dan berjuang dengan megah demi lencana di dada.

Foto: Media sosial, Utusan Online
Powered by Blogger.