Header Ads

Mecinovic masuk, Antwi keluar?


KERAPUHAN benteng pertahanan sepanjang separuh musim pertama Liga Super 2017 Melaka United menjadi bualan selepas merekodkan lebih 20 kali dibolosi lawan.

Kesilapan demi kesilapan mudah individu membawa kepada menjadi agenda utama ketua jurulatih, Eric Williams untuk segera memperbaiki keadaan bagi mengelakkan pasukan bimbingannya terjurus ke zon penyingkiran.

Selepas melepaskan tiga pemain simpanan ke beberapa pasukan Liga FAM minggu lalu, Melaka United dilaporkan telah mengikat kontrak dengan pemain pertahanan tinggi lampai, Jasmin Mecinovic.

Pertahanan tengah berusia 27 tahun sebelum ini dirakam berada di Stadium Hang Jebat menyaksikan pertemuan antara Melaka United dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama seorang lagi pemain naturalisasi, Jordan Yong yang turut menjalani percubaan bersama skuad Sang Kancil.

Mecinovic menerusi akaun Twitternya semalam memaklumkan bahawa dia telah mengikat kontrak bersama Melaka United.

"Saya gembira mengumumkan bahawa saya pemain baharu Melaka United," kata bekas tonggak Pelister Bitola itu.

Keputusan mendapatkan Mecinovic merupakan satu petanda positif buat pasukan namun itu merupakan satu khabar yang kurang baik buat tonggak import khususnya pertahanan, Godwin Antwi.

Kemasukan Mecinovic secara tidak langsung bakal mengorbakan kedudukan seorang pemain import dengan nama Antwi dikatakan bakal digugurkan ekoran persembahan hambar yang dipamerkan sepanjang bersama Melaka United.

Dalam pada itu, seorang penyerang daripada Brazil dilaporkan sedang menjalani percubaan bersama Melaka United namun masa depan pemain itu bersama keputusan masih belum diputuskan Williams.
Powered by Blogger.