Header Ads

Williams mula 'bersihkan' pasukan


BIARPUN jendela perpindahan pemain hanya akan dibuka kurang seminggu lagi, ketua jurulatih Melaka United, Eric Willimas komited dalam memperkemaskan pasukan bagi menghadapi baki 10 perlawanan pusingan kedua Liga Super.

Pengendali berbangsa Inggeris itu nampaknya mengambil langkah awal dengan 'menyingkirkan' beberapa pemain yang tiada dalam perancangannya dengan meminjamkan ke pasukan lain sambil memantau perkembangan mereka bersama pasukan baharu.

Mohd. Alif Samsudin, Muhammad Akmal Ishak dan Abdul Thaufiq Abdul Haq menjadi antara pemain terawal meninggalkan pasukan selepas dihantar secara pinjaman ke pasukan-pasukan yang beraksi di Liga FAM.

Abdul Thaufiq menjadi pemain pertama keluar apabila dipinjamkan kepada pasukan 'adik', Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB) bagi memberikannya lebih peluang beraksi selepas gagal tampil dalam sebarang perlawanan untuk Melaka United.

Sementara itu, pemain yang diikat dari Johor Darul Ta'zim (JDT) II awal musim ini, Muhammad Akmal pula menyertai skuad bimbingan bekas pengendali Melaka United, Mat Zan Mat Aris sekali gus memperkuatkan pasukan yang kini berada di tangga teratas kumpulan B Liga FAM itu.

MOHD. ALIF sertai Felcra FC untuk lebih peluang beraksi.
Seorang lagi pemain yang disisihkan, Mohd. Alif Samsudin pula menyertai Yusri Che Lah di Felcra FC yang kini berada di kedudukan keempat dalam kumpulan A di Liga FAM.

Dengan perpindahan ketiga-tiga pemain bermain secara tidak langsung membuka ruang kepada muka baharu untuk memperkuatkan Melaka United namun difahamkan bahawa akan ada beberapa lagi pemain dijangkan akan meninggalkan pasukan apabila jendela perpidahan dibuka 15 Mei ini.

Selain itu, beberapa tonggak import termasuk pertahanan dari Macedonia, pemain kacukan Jordan dan beberapa lagi pemain dilaporkan telah menjalani ujian yang dikendalikan sendiri oleh Williams bagi memastikan pemain yang dipilih benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan bekas pengendali Yangon United itu.

Foto: PJ Rangers, Felcra FC 
Powered by Blogger.