Header Ads

8 muka baharu perkuat Melaka United


MELAKA United memuktamatkan perpindahan tiga pemain pada hari terakhir pepindahan pertengahan musim menyaksikan secara keseluruhannya lapan muka baharu menyertai pasukan.

Antara tiga pemain itu merupakan pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) II iaitu pertahanan, Nicholas Swirad, Fandi Othman dan pemain sayap, Azinee Taib.


Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menerusi akaun Facebook rasmi kelab, hari ini.

Selain itu, lima pemain lain termasuk tiga tonggak import yang dipilih bagi mrmperkuatkan pasukan adalah Nur Hakim Isa dari Perak, S. Sivanesan (PKNS FC), Jasmin Mecinović (Pellister FC), Felipe Almeida De Souza (Oeste FC) dan Marko Simic (Negeri Sembilan).


"Selamat Datang ke Melaka United. Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada lapan pemain baharu yang akan beraksi di pusingan kedua Liga Super Malaysia 2017 serta TM Piala Malaysia 2017," kata pasukan itu hari ini.


Kemasukan beberapa muka baharu ini menyaksikan pemain-pemain lain berpindah keluar seperti Khairu Azrin Khazali ke PKNS FC, Syed Sobri Syed Mohammad ( T-Team FC), Mohd. Amri Yahyah (Selangor), Abdul Thaufiq Haq (SAMB FC), Mohd. Akmal Ishak (PJ Rangers) dan Mohd. Alif Samsudin (Felcra FC).

Selain daripada itu, tiga pemain import yang digugurkan ialah Ilija Spasojevic, Godwin Antwi dan Sergio Aguero namun difahamkan kontrak ketiga-tiga pemain berkenaan masih belum ditamatkan pasukan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.