Header Ads

Pengurusan dangkal, ilmu bola sepak kosong - Labi


'BUDAK NAKAL' kembali lagi! Bekas tonggak import juara Liga Perdana musim lalu, Labinot Harbuzi atau Labi hari ini melepaskan rasa geramnya terhadap bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Walaupun tidak menyebut nama pasukan, Labi menerusi akaun Facebooknya mendakwa, kemelut yang melanda Melaka United ketika ini adalah tanggunggungjawab sepenuhnya pengurusan.

Dengan menyeru semua bekas import musim lalu dan musim ini serta pemain tempatan, Labi mendakwa pemain tidak bersalah dalam hal ini sebaliknya pengurusan yang dangkal dalam menguruskan kelab meletakkan Melaka United di zon penyingkiran.


"Yashir Pinto Islame, Ilija Spasojević, Omid Nazari, Alex Tudose, Labinot Harbuzi, Balsa Bozovic, Godwin Besian Idrizaj Antwi dan pemain tempatan. locals. Teruskan berusaha.

"Ini (apa yang berlaku) bukan salah pemain. Ianya (berpunca) daripada pengurusan. Ilmu (bola sepak) kosong. Saya kesiankan penyokong-penyokong," katanya dalam satu status terbaharu Facebooknya hari ini.

Labi sebelum ini pernah beberapa kali mendakwa pengurusan MUSA masih 'berhutang' dengannya berhubung duit imbuhan atas kejayaan meraih Liga Perdana namun perkara itu lantas dinafikan pengurusan tertinggi Melaka United.

Pasukan berpangkalan di selatan tanah air ini kini berada di zon penyingkiran di kedudukan ke-11 Liga Super.

Foto: PBM
Powered by Blogger.