Header Ads

Jasmin sah tinggalkan Melaka United


Tiba di bumi Hang Tuah sebagai pemain tidak dikenali, pertahanan import, Jasmic Mecinovic perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Malaysia dan akhir berjaya membantu Melaka United kekal di Liga Super.

Namun, setelah berakhirnya kempen yang penuh liku musim ini, difahamkan kontrak pertahanan tengah berasal dari Macedonia itu tidak disambung selepas Jasmin mempamerkan persembahan meyakinkan di beberapa perlawanan terakhir.

Menjaringkan satu gol daripada 10 perlawanan, tidak banyak yang mampu diberikan pemain berusia 27 tahun itu angkara kecederaan dan namanya disebut-sebut bakal meninggalkan pasukan pada akhir musim.

Pengesahan itu dibuat Jasmin menerusi akaun Facebook peribadiny hari ini apabila mengucapkan terima kasih di atas peluang singkat yang diberikan kepadanya untuk berbakti kepada skuad Melaka United.


"Saya ingin mengumumkan secara rasmi bahawa saya bukan lagi pemain Melaka United. Terima kasih kepada penyokong di atas sokongan padu yang diberikan.

"Juga rakan sepasukan yang memberikan aksi terbaik dan membanggakan untuk menyelamatkan Melaka United daripada tersingkir ke Liga Perdana. Saya bangga meninggalkan kelab ini sebagai seorang pemain yang berjaya dan mencipta memori indah sepanjang setengah tahun di sini.

"Selamat maju jaya pada masa depan. Gegau Melaka Gegau!" katanya.

Selain Jasmin, Melaka United mempunyai tiga lagi pemain import seperti Marco Simic, Jeon Woo-Young dan Felipe Almeida de Souza yang masih belum mendapat pengesahan mengenai masa depan mereka bersama kelab.

No comments

Powered by Blogger.