Header Ads

Melaka United sah ikat Gopi, Chanturu


Melaka United semakin hampir melengkapkan pasukan mereka musim depan selepas membawa masuk dua lagi pemain baharu, S. Chanturu dan R. Gopinathan dari Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kedua-dua pemain berkenaan merupakan pemain sayap kiri dan kanan di mana kehadiran mereka dijangka mampu memperkuatkan lagi jentera serangan Melaka United yang sebelum ini mempunyai R. Surendran dan Mohd. Fauzi Roslan.

Chanturu berusia 29 dan Gopinathan (27) menandatangani kontrak bersama Melaka United di depan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi serta ketua jurulatih, Eduardo Almeida sebentar tadi.

"Melaka United mengucapkan selamat datang kepada Chanturu dan Gopinathan. Kehadiran mereka adalah sebagai persiapan untuk memperkuatkan jentera serangan skuad hijau putih terutamanya di bahagian sayap.

"Kedua-dua pemain ini diharap dapat membantu pasukan Melaka United memberi saingan di Liga Super 2018 melalui pengalaman yang ditimba sepanjang kerjaya mereka di tahap tertinggi Liga Malaysia," katanya menerusi status terbaharu di Facebook rasmi pasukan.

Gopinathan dan Chanturu merupakan dua penambahan baharu selepas pasukan mengikat Zamir Selamat, Mohd. Faridzuean Kaamruddin, Shazlan Alias dan Azmi Muslim.

Sementara itu, Mohd. Faderin Kadir dan Azrul Ahmad dijangka bakal menandatangani kontrak bersama Melaka United.
Powered by Blogger.