.

.

Gomez gugur, Zubovich mungkin disingkirkan


Masa depan Tiago Gomes bersama Melaka United bakal berakhir apabila pemain tengah dari Portugal itu sah bakal meninggalkan pasukan selepas khidmatnya ditamatkan.

Namun satu kejutan bakal berlaku apabila Ketua Jurulatih, E. Elavarasan mungkin menggugurkan Yahor Zubovich dan menggantikan pemain Belarus itu dengan penyerang dari Nigeria yang sedang diuji.

Masa depan Zubovich di Melaka juga dijangka berakhir.
Perkara ini disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi kepada BH Online yang memberitahu pasukan itu bakal membawa masuk pemain import dari Korea Selatan sebagai pengganti Gomes.

Katanya, pasukan itu tidak boleh menunggu terlalu lama bagi memilih pemain baharu selepas kedudukan pasukan kini berada di kedudukan kesepuluh Liga Super.

"Penyenaraian pemain terbabit (Korea) diharap membentuk kekuatan baharu buat pasukan selepas prestasi kurang cemerlang Gomes walaupun sudah memberikan yang terbaik.

Gomes gagal tetapi harapan tinggi yang diharapkan.
"Elavarasan juga sudah melakukan tranformasi terhadap pemain sedia ada dengan berjaya mengikat Perak 0-0 dan PKNS 1-1 namun tewas 0-1 kepada Terengganu, Sabtu lalu namun tidak menampakan impak besar.

"Sehubungan itu, kita memerlukan pemain baharu untuk memperkasakan pasukan, walaupun sekadar menukar satu dua pemain," katanya.

Zubovich gagal meledak dalam beberapa perlawanan terbaharu.
Dalam pada itu , Mohd. Yusoff memaklumkan, jika pemain Nigeria tersebut didapati lebih baik, bermakna sentuhan Zubovich akan berakhir, biarpun kini antara penjaring terbanyak Liga Super dengan enam gol.

"Semuanya terpulang kepada Elavarasan menentukan kedudukan penyerang terbabit sama ada bakal mendapat tempat atau sebaliknya," katanya.

Mohd. Yusoff berkata, ketiadaan penyerang import berwibawa menyaksikan Melaka United sukar menjaringkan banyak gol sekali gus gagal membawa pulangan mata.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.