Header Ads

Penalti, kad merah kontroversi cemari aksi Melaka United-Perak


Perlawanan penuh kontroversi. Keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Perak pada masa kecederaan separuh masa pertama amat mengejutkan dan memberikan impak kepada keputusan perlawanan.

Insiden itu berlaku selepas sepakan sudut diambil pelawat sebelum dikeluarkan pertahanan Melaka United dan dibawa ke tengah untuk gerakan serangan balas tetapi bola kemudiannya disepak keluar pertahanan Perak.

Kekurangan seorang pemain beri impak kepada pasukan.
Pengadil memberhentikan perlawanan, menoleh ke arah penjaga garisan dan berbincang dengan pegawai keempat sebelum membuat keputusan menghadiahkan sepakan penalti buat skuad Bos Gaurus.

Barisan pengadil diberikan kawalan ketika meninggalkan padang.
Ini kerana, penjaga garisan mendakwa pertahanan Melaka United, Muhammad Faizal Muhammad menyiku penyerang Perak, Gilmar Filho sebelum melayangkan kad merah kepada bekas pemain PDRM FA itu.

Wander Luiz tidak mempunyai masalah menundukkan Mohd. Zamir Selamat biarpun penjaga gol itu berjaya meneka arah sepakan pemain import berkenaan.

Beraksi dengan 10 pemain bukanlah sesuatu yang diingini setiap pasukan apatah lagi melihatkan pemain lawan banyak 'tumbang' akibat kecederaan sehinggakan pasukan perubatan dan pengusung di bawa masuk enam kali sepanjang perlawanan.

Pemain Melaka United bekerja keras elak diaibkan jaringan besar di laman sendiri.
Jelas separuh masa kedua dikuasai Perak dan kelebihan beraksi dengan 11 pemain digunakan sebaik mungkin apabila pelawat menambah gol kedua pada minit ke-56 menerusi Gilmar.

Kemasukan Mohd. Fauzi Roslan dan S. Chanturu dilihat banyak mengubah serangan Melaka United menyebabkan pertahanan Perak bekerja keras menangkis setiap asakan.

Namun begitu, usaha tuan rumah berbaloi apabila memperoleh jaringan pada minit ke-79 menerusi tandukan Yahor Zubovich hasil hantaran silang Mohd. Fauzi atau Kojie. 

Gol tersebut jelas menyemarakkan lagi serangan Melaka United namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila derata peluang atau cubaan digagalkan oleh penjaga gol lawan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan pertahanan, Shahrul Saad.

Prestasi semasa Melaka United membimbangkan.
Ini merupakan kelalahan ketiga berturut-turut Melaka United dalam aksi Liga Super 2018 hingga mengakibatkan pasukan terus turun ke tangga kesembilan daripada ketujuh sebelum ini.

Foto: MUSA

No comments

Powered by Blogger.