.

.

Skuad Piala Presiden menang juga akhirnya


Selepas memulakan kempen terburuk dengan rekod satu seri dan lapan kekalahan musim ini, skuad Piala Presiden Melaka United akhirnya merasai manisnya kemenangan.

Berada di tangga tercorot kumpulan B selepas mengutip satu mata daripada sembilan perlawanan, 'ubi' Melaka United hari ini merekodkan kemenangan sulung apabila menundukkan Kelantan 1-0 di Stadium Hang Tuah petang tadi.

Gol tunggal perlawanan skuad Piala Presiden Melaka United dijaringkan pada minit ke-10 menerusi gerakan cantik dari sebelah sayap sebelum dihantar ke dalam kotak dan disudahkan pemain penyerang berjersi nombor 8 (tiada senarai lengkap skuad Presiden) untuk memberi tiga mata penuh buat tuan rumah.


Kemenangan ini melonjak Melaka United ke tangga ke-11 kumpulan B dengan empat mata, mengatasi PDRM di dasar liga dan dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Powered by Blogger.