.

.

Saya berusaha keras untuk kembali bermain - Mat Don


Pemain tengah, Liridon Krasniqi atau Mat Don menepis dakwaan kononnya dia gagal kembali melaporkan diri ke kem latihan Melaka United selepas menjalani rawatan 

Sebaliknya, pemain kelahiran Kosovo itu memberitahu dia belum cergas sepenuhnya dan sedang berusaha mengembalikan semula kecergasannya sebelum menyertai pasukan.

"Saya berusaha keras setiap hari untuk kembali beraksi secepat mungkin. Tetapi Allah sudah suratkan saya belum bersedia (cergas) 100 peratus lagi.

"Untuk itu saya terus berusaha setiap hari untuk kembali ke padang dan membantu pasukan sekali gus memberikan sentuhan magis yang dapat membuatkan penyokong berpuas hati.

"Insya Allah harinya akan tiba tidak lama lagi (doakan saya) ketika menghadapi masa-masa sukar ini," katanya kepada Melaka United Media hari ini.


Liridon mengalami kecederaan ketika aksi menentang Kuala Lumpur pada awal bulan ini dan dijangka diketepikan selama sebulan.

Sejak ketiadaan Mat Don, Melaka United gagal mencipta sebarang kemenangan selepas tewas 0-3 kepada Terengganu, Perak (0-0) dan PKNS FC (2-3).


Sebuah portal sukan terkenal kelmarin menyiarkan berita mengenai dakwaan Liridon gagal melaporkan diri selepas perlawanan berhenti rehat untuk aksi perlawanan antarabangsa namun beberapa jam kemudian, berita tersebut ditarik semula.
Powered by Blogger.